Thursday, September 27, 2007

KARYA SEPTEMBER -AL-QIADAH Siri 4

Untuk mendapatkan resolusi gambar yang lebih baik dan terang. Sila klik gambar tersebut.
(Karya Muhammad Abrar dan Fatihi)


(Karya Karya Nik Abdul Hakim/Mohd Ariff bin Hasanulbasori)


(Karya Mohd Ariff bin Hasanulbasori)



(Karya Muhammad Syafiq bin Saidi)




(Karya Muhammad Asyraf bi Mustafa Kamal)




Monday, September 24, 2007

KARYA SEPTEMBER -AL-QIADAH Siri 3

Karya 1
TAJUK : BERINGATLAH WAHAI SAUDARAKU
Sajak oleh : Muhammad Jamilullail bin Masuri

Jika tiada dunia tiadalah manusia dan seluruhnya,
Jika tiada Islam tiadalah keamanan dan keadilan di dunia,
Jika tiada Al-Quran tiadalah petunjuk dan kebenaran Islam kepada manusia,
Jika tiada nabi Muhammad SAW tiadalah As-Sunnah untuk dijadikan panduan hidup kepada manusia,
Jika tiada para Ulama’ dan Tabi’en tiadalah pewaris nabi yang mulia,
Dan yang paling besar ialah,
Jika tiada Allah SWT tiadalah segalanya,
Juga apabila tiada Hari Qiamat tiadalah kematian dan bencana,
Oleh itu beringatlah wahai saudaraku,
Dunia semakin singkat,
Esok lusa qiamat mendatang,
Kita akan ke negeri akhirat,
Di sana kita akan ditanya bermacam-macam soalan,
Masa itu sendiri mau ingatlah.

Moral : Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya banyak membuat amal ibadat dan meninggalkan maksiat.



Karya 2
TAJUK : RASULULLAH
oleh Muhd Azim bin Abdul Rahim

Rasulullah,
Kami telusuri tinta panjang sirahmu,
12 Rabiul Awal yang barakah,
liku juang penuh dengan mehnah,
Buat mengutip semangat segar,
Menggalas syiar menggapai redha.

Rasulullah,
Kami kerdil di sisi peribadimu,
Agung kasihmu terhadap kami,
Kepalang sakit tidak terperi,
Dijalan maut masih bertanya,
Ganjaran kami di hari kemudian.

Ya Allah,
Titipkan rindu kami padanya,
Kami lindungi Muhammad Abdullah,
Tegarnya cinta terhadap kami,
Kekal tabah mengusung juang,
Walau kami dinista disisih,

Moral : Kita perlu menaruh rasa sayang kepada rasul melebihi sayang kepada Ibubapa dan keluarga.



Karya 3 : Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Karya 4 : Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas
Karya 5 : Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Karya 6 : Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas


Karya 7 : Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas






Sunday, September 23, 2007

KARYA OGOS - Al-Qiadah siri 2

KARYA 1

GENRE : SAJAK
TAJUK : DIIBARATKAN
Oleh Mohd Qusyairie bin Ruslan
Nama pena S.Q.K 07

Dunia ini diibaratkan pentas
Allah diibaratkan pengarahnya
Malaikat diibaratkan jurugambar
Manusia diibaratkan pelakon
Syaitan diibaratkan penjahatnya
Kehidupan diibaratkan jalan ceritanya
Hari Qiamat penutup ceritanya
Syurag dan Neraka ialah trofinya
Dan…pelakon terbaiknya ialah Nabi Muhammad SAW

Moral : Banyakkan amalan ibadah semasa kita masih hidup.

Komen : Sajak ini bagus, namun ayatnya biasa sahaja dan tidak begitu menusuk kalbu. Tingkatkan lagi. (3 bintang)



Karya 2 - Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas


Karya 3 - Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas



Karya 4 - Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas